7 Petua Untuk Tingkatkan Sales Setiap Hari Menggunakan FB ADS Dengan Kos Yang Rendah

Kos iklan fb ads makin lama makin naik, baru ni harga minyak naik, dalam masa beberapa bulan lagi dijangka naik lagi. Kos sara hidup dah tentu-tentu makin naik.

Sebagai masyarakat awam , kita ni kenalah cari jalan macam mana nak atasinya.

Kos iklan fb ads pun makin naik jugak, sama jugak caranya, kita mesti cari jalan macam mana nak dapatkan kos yang murah tapi berbaloi, kenalah tambah ilmu dan update.

Tapi jangan bimbang, kenaikan kos fb ads takde kena mengena dengan kenaikan harga minyak ya..hehe

Cuma kos fb ads ni akan semakin naik juga bila pesaing dah makin ramai…, pengiklan dalam niche yang sama semakin ramai,

Ini beberapa cara untuk anda jimatkan kos iklan fb ads untuk tahun ni.

Boleh baca dan praktis terus.

1. Letak Budget RM10 Sehari

Kenapa? Sebab kalau letak daily budget tinggi-tinggi, selalunya FB akan makan duit anda dengan sesuka hati. Ikut bajet yg ada. Minimum budget iklan RM3 je sehari pon boleh. Kalau kita pandai setting iklan, dengan RM3 tu pon dah membantu sangat dengan menarik 800 target prospek nampak iklan kita. Wow!

2. Pilih ‘ People Who Live In This Location’

Pernah tak anda rasa kenapa banyak like tapi tak ramai yang membeli ? Jadi, inilahh sebabnya ! Pilihan di atas adalah lebih spesifik dan baik jika dibandingkan dgn ‘Everyone in this location’ yang target sesiapa saja yang berada di lokasi tu, termasuklah geng ‘orang luar’ spt mat2 indon. hehe

3. Pilih ‘Mobile Newsfeed’

Daripada pemerhatian saya, jika anda pilih ‘Dekstop Right Column’, bilangan orang yang menggunakannya sangat rendah. Dan ternyata ramai yang gemar membeli menggunakan fon. Jadi, target terus iklan di ‘Android Smartphone’ dan membuatkan iklan anda menjadi murah. Tak percaya? BUAT dulu baru dapat hasilnya !

4. Reply PM Yang Anda Dapat Dalam Masa 24 Jam

Apabila anda reply dengan cepat, prospek akan menjadi lebih mudah percaya kepada anda. FB juga melihat kadar respon anda di page. Jika anda respon dengan cepat, FB akan beri kos iklan yang lebih rendah kepada anda.

5. Iklan video

Trend pengiklanan fb ads menggunakan video semakin mendapat sambutan pada hari ni, ianya semudah hanya rakamkan video anda untuk menerangkan produk menggunakan smartphone anda dan anda boleh terus upload dan iklankan menggunakan fb ads.

Iklan menggunakan video sangat murah dan mempunyai potensi conversion yang lebih baik, ianya bergantung kepada produk anda dan cara produk anda dipersembahkan menggunakan video.

Kos per engagement dianggarkan hanya mencecah RM0.03 sen hingga RM0.05 sen sahaja, dengan kos sebegini, anda boleh mendapat reach dengan lebih banyak dengan kos yang murah.

6. Placement smartphone

Cara kedua ialah menggunakan paparan smartphone, pengguna smartphone yang menggunakan facebook semakin tinggi, sangat rugi jika anda tidak fokus kepada iklan yang dipaparkan kepada smartphone.

Untuk mendapatkan kos yang murah ini, buat satu iklan dengan menggunakan kumpulan iklan atau adset yang khas di paparan smartphone sahaja.

Pastikan audiens anda sudah tepat untuk mendapatkan lebih penjimatan pada kos iklan anda, kerana jika audiens anda tersasar, copywriting yang salah, kos anda mungkin tetap mahal walaupun menggunakan paparan smartphone.

7. Target kepada custom audiens.

Anda biasa menggunakan fungsi ini? fungsi custom  audiens adalah untuk anda hasilkan kumpulan audiens mengikut data yang telah dikumpulkan samada pelawat website anda, list prospek anda iaitu no telefon dan emel, mereka yang komen pada post anda dan beberapa pilihan lagi.

Hasil dari data ini anda boleh kumpulkan kepada audiens khas dan sasarkan iklan kepada audiens ini sahaja.

Dan kos iklan anda lebih jimat dan iklan anda juga boleh disasarkan kepada audiens yang lebih tepat.

Tapi, sebagai peniaga yang menggunakan medium fb ads, kos iklan yang murah tidak menjamin untuk anda dapatkan jualan yang banyak.

Kos yang murah adalah sangat bagus jika disertakan dengan iklan yang berkesan untuk mendapatkan respon daripada prospek.

* Petua-petua ini merupakan antara ratusan tips & teknik yang akan dipelajari dalam Like Method.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *